PENGARUH PENGGUNAAN BAHASA DALAM LAPORAN BERITA SUKAN BOLA SEPAK TERHADAP SIKAP JURULATIH DAN PEMAIN BOLA SEPAK [THE INFLUENCE OF LANGUAGE USE IN FOOTBALL NEWS REPORT ON THE ATTITUDE OF COACHS AND FOOTBALL PLAYERS]

  • Vivekananda A/ L Marie
  • Shahril Nizam Sha'ri
  • Rohaidah Kamaruddin
  • Hasnah Mohamad
Keywords: influence, , sports news reports, , attitudes, coaches, players

Abstract

Reporting a message must use clear and precise language in conveying the content to the reader. Almost all major national newspapers have football sports columns as an attraction to readers. Football reports published can influence the attitudes of coaches and players. Thus, this study was conducted on the influence of sports news reports on the attitudes of coaches and football players. The objective of this study is to analyze the influence of the use of the language of football sports news reports on the attitudes of coaches and players based on the Theory of Use and Satisfaction (U&G). This study uses Berita Harian as the study data and sports news segment of the Malaysia League football in 2015 and 2016. A total of 143 news reports for 2015 and 157 news reports for 2016 were taken as study material. Systematic sampling method was used to take 20 reports for the years 2015 and 2016. For the purpose of discussion were taken a total of 5 news quotes for 2015 and 2016. In addition, a questionnaire was conducted on 7 professional football coaches and 40 players football in the Malaysian league. The purpose of conducting the questionnaire is to get feedback on football sports news reports in newspapers. The results of the study show that sports news reports can influence the attitude of coaches and players towards the performance and performance of a team. The findings of the questionnaire were associated with the type of motivation used in football sports news reports that influenced the attitudes of coaches and players. The results of the third finding show that the language of football sports news can influence the attitude of coaches and national football players. The choice of words and coverage should be more rational and lead towards more critical thinking among sports news readers in our country. Positive and negative sports news reports greatly influence the attitudes of coaches and players. Changes do not come from the performance of a team, but from news reports.

 

Pelaporan sesuatu mesej mesti menggunakan bahasa yang jelas dan tepat dalam menyampaikan isi kandungan kepada pembaca. Hampir kesemua surat khabar utama negara mempunyai ruangan sukan bola sepak sebagai daya tarikan kepada pembaca. Laporan sukan bola sepak yang disiarkan boleh mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain. Berasaskan hal ini, kajian ini adalah mengenai pengaruh laporan berita sukan terhadap sikap jurulatih dan pemain bola sepak. Objektif kajian ini untuk menganalisis penggunaan bahasa laporan berita sukan bola sepak terhadap sikap jurulatih dan pemain berdasarkan Teori Kegunaan dan Kepuasan(U&G).  Kajian ini menggunakan Berita Harian sebagai data kajian dan segmen berita sukan bola sepak Liga Malaysia pada tahun 2015 dan 2016.  Sebanyak 143 laporan berita bagi tahun 2015 dan 157 laporan berita bagi tahun 2016 telah diambil sebagai bahan kajian. Kaedah pensampelan sistematik telah digunakan bagi mengambil 20 buah laporan bagi tahun 2015 dan 2016. Bagi tujuan perbincangan telah diambil sebanyak 5 buah petikan berita bagi tahun 2015 dan 2016.  Selain itu, telah dijalankan soal selidik terhadap 7 orang jurulatih bola sepak profesional dan 40 orang pemain bola sepak dalam liga Malaysia. Tujuan dijalankan soal selidik adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang laporan berita sukan bola sepak dalam surat khabar. Hasil dapatan kajian menunjukkan laporan berita sukan boleh mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain terhadap prestasi dan persembahan sesuatu pasukan. Hasil dapatan soal selidik telah dikaitkan dengan jenis motivasi yang digunakan dalam laporan berita sukan bola sepak yang mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain. Hasil dapatan ketiga menunjukkan, bahasa berita sukan bola sepak boleh mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain bola sepak negara. Pemilihan perkataan dan liputan haruslah lebih rasional dan menjurus ke arah pemikiran yang lebih kritis dalam kalangan pembaca berita sukan di negara kita. Laporan berita sukan yang berbentuk positif dan negatif banyak mempengaruhi sikap jurulatih dan pemain. Perubahan bukannya datang dari prestasi sesebuah pasukan, malah dari laporan berita.

Published
2021-02-04
How to Cite
A/ L Marie, V., Sha’ri, S. N., Kamaruddin, R., & Mohamad, H. (2021). PENGARUH PENGGUNAAN BAHASA DALAM LAPORAN BERITA SUKAN BOLA SEPAK TERHADAP SIKAP JURULATIH DAN PEMAIN BOLA SEPAK [THE INFLUENCE OF LANGUAGE USE IN FOOTBALL NEWS REPORT ON THE ATTITUDE OF COACHS AND FOOTBALL PLAYERS]. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 23-37. Retrieved from http://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/view/96